Terlupa e-mel atau kata laluan Max saya
Jika anda menghadapi masalah daftar masuk, gunakan maklumat berikut untuk menetapkan semula kata laluan anda atau mencari alamat e-mel akaun anda.
Tetapkan semula kata laluan anda
Jika anda tidak tahu kata laluan Max (atau HBO GO) anda, anda boleh menetapkan ia semula. Anda perlu mempunyai akses kepada e-mel akaun anda untuk menetapkan semula kata laluan anda.
Untuk menetapkan semula kata laluan anda, pilih peranti yang anda gunakan:
- Lakukan salah satu daripada yang berikut:
- Pada skrin daftar masuk Max, pilih Terlupa Kata Laluan?
- Pergi ke max.com/forgot-password.
- Masukkan e-mel akaun Max (atau HBO GO) anda dan pilih Serah. Terlupa e-mel akaun anda?
- Semak peti masuk anda untuk e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max. E-mel ini akan tiba dalam masa beberapa minit.
- Buka e-mel Tetap Semula Kata Laluan terkini dan pilih Tetap Semula Kata Laluan Anda.
- Masukkan kata laluan baharu dan pilih Simpan.
Kini, daftar masuk dengan e-mel akaun anda dan kata laluan baharu anda.
Jika anda tidak mendapat e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max, pergi ke Tidak dapat menetapkan semula kata laluan.
- Buka Max pada Apple TV anda dan pilih Dafar Masuk.
- Pilih Guna Alat Kawalan Jauh Anda.
- Pilih Terlupa Kata Laluan?
- Masukkan e-mel akaun Max (atau HBO GO) anda dan pilih Serah. Terlupa e-mel akaun anda?
- Semak peti masuk anda untuk e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max. E-mel ini akan tiba dalam masa beberapa minit.
- Buka e-mel Tetap Semula Kata Laluan terkini dan pilih Tetap Semula Kata Laluan Anda.
- Masukkan kata laluan baharu dan pilih Simpan.
Kini, daftar masuk ke e-mel akaun anda dan kata laluan baharu anda.
Jika anda tidak mendapat e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max, pergi ke Tidak dapat menetapkan semula kata laluan.
Temukan e-mel akaun anda
Jika anda tidak mengetahui e-mel akaun Max (atau HBO GO) anda, berikut ialah beberapa perkara untuk dicuba:
- Cari semua akaun e-mel anda untuk e-mel daripada Max (jika anda pernah melanggan HBO GO, cuba cari HBO GO).
- Pastikan anda mencari semua folder peti masuk (termasuk Promosi, Remeh dan Spam).
Sebaik sahaja anda menemukan akaun e-mel yang dikaitkan dengan e-mel Max (atau HBO GO), cuba log masuk menggunakan alamat e-mel ini.
Jika anda log masuk pada peranti, berikut ialah cara untuk menemukan e-mel akaun anda:
- Dalam Max, lakukan salah satu daripada yang berikut:
- Telefon, tablet atau komputer: Pilih profil anda kemudian Akaun.
- Peranti TV: Pilih ikon Tetapan kemudian Akaun.
- Ambil perhatian alamat e-mel akaun anda.
Adakah anda mempunyai alamat e-mel lain yang boleh dikaitkan dengan akaun anda? Jika anda ada, cuba langkah ini:
- Pergi ke max.com/forgot-password.
- Masukkan alamat e-mel anda yang lain dan pilih Serah.
- Tunggu beberapa minit dan semak peti masuk anda untuk mendapatkan e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max.
Jika terdapat akaun yang dikaitkan dengan e-mel yang anda masukkan, anda akan mendapat e-mel Tetap Semula Kata Laluan Max. Jika anda tidak mendapat e-mel ini, cuba langkah ini untuk setiap akaun e-mel anda.
Tersalah taip e-mel atau tidak lagi mempunyai akses
Jika e-mel akaun anda mempunyai tipo atau anda tidak lagi mempunyai akses kepada alamat e-mel anda, sila hubungi kami.